Home Owner Tutobies EXCHANGE TIPS/INFO

Thursday 19 February 2015

Tips Tingkatkan Trafik/Visitors Blog Anda!

gambar takde kena mengena dengan entry :P sekadar hiasan :3

Assalamualaikum dan hai!
Maaflah sebab dah lama tak update blog.So guys,hari ni pertama kalinya saya nak kongsi tips dengan anda semua.Nampak tak tajuk tu?Yes,macam mana nak tingkatkan trafik ataupun pelawat blog kita?

Korang tak jeles ke tengok blog orang lain ramai gila visitors.sampai ribu riban dalam sehari.Apa rahsia dorang eh?Well,siasatan saya sudah berjaya,kat bawah ni cara yang saya selalu guna untuk tingkatkan viewers blog saya.Blog ni takdelah smpai ribu riban viewers dalam sehari,tapi tetap nak kongsi jugak tau!Hehe,jom terjah!!!!

1.Blogwalking
Ok guys,ini sangat PENTING dan sangatlah basic.Kalau nak orang jenguk blog korang,korang kenalah jenguk blog orang tu dulu,barulah fair kan?Bila dah blogwalking tu,alang alang letaklah mesej dekat cbox ataupun shoutbox yg owner telah sediakan.Korang gunalah ayat manis sikit untuk ambil hati owner supaya jenguk balik blog korang :) Korang kan power ayat jiwang jiwang ni hehehe.

Contoh ayat yg manis
hai awak,singgah sini,mai lah singgah balik :)
singgah sini tau,jemput singgah blog saya.
sudikah tuan puteri melawat blog saya? *k ini over 
Contoh ayat yang tak berapa nak manis
singgaj *dah lah pendek,siap typo pulak tu ish ish ish*
weh aku dah lawat blog kau,kalau kau tak lawat balik siap kau aku terajang *pernah jadi ke benda ni?*
HAHAHA.jangan ambil hati tau,sekadar hiburan je,

2.Entry Menarik
Ini pun salah satu faktor jugak tau.Kalau nak update tu update lah yg boleh tarik minat pembaca.Janganlah buat entry macam ni
gaisss,kowang nucks tau takz sayew atit pewurt.ermz takz kersian kans sayer kerw?

*Ya Allah,naik gila aku baca benda ni,kalau setakat sakit perut tu tak payahlah sampai nak buat entry.Tu takpe lagi,ni sampai guna bahasa alien.Ish ish ish,lama2 bahasa ditelan zaman.Azzah,apa contoh entry yang menarik?Hmmm.Korang update lah entry pasal isu terkini.Kalau yang minat politik boleh update pasal gst ,kalau yg pergi melancong,korang buatlah entry pasal journey korang.Kalau nak update pasal tips atau tutorial pun boleh.And yang paling penting,TAJUK POST!!
Tajuk post lah yang selalunya menarik minat pada pandangan pertama kan?Contoh?

Contoh yang tak berapa nak baik
Nasi Dagang Pak Mat yang sedap

Contoh yang baik
Nasi Dagang Tersedap Yang Aku Pernah Rasa!!!

Dapat beza kan?Yang mana lagi tarik perhatian korang?

3.Promote Blog Anda Di Laman Sosial
Yang ni saya pasti semua ada kan?Facebook,Twitter,Instagram dan macam macam lagi!Haa,korang ambillah kesempatan tu untuk promote blog korang.Betul tak? Apa ni,tak fahamlah.Alright macam ni,korang joinlah group BLOGGER MALAYSIA dekat facebook :) Ataupun korang boleh update status atau tweet contohnya macam ni:

Assalamualaikum,holla holli guys.Korang nak tahu info terkini?tips?tutorial?macam macam ada kat blog iolls tau,mai lah singgah sat.

Hamboiih,bukan main class ayat kau jah!

4.Exchange Link
Korang boleh sediakan satu laman dalam blog korang khusus untuk exchange link.Apa tujuan exchange link ni?Of course lah boleh tambah kenalan blogger sekaligus boleh tingkatkan trafik blog korang.Alahh,tak payah nak segan segan nak exchange link dengan blogger lain,diorang tak makan orang pun.Sebab,blogger Malaysia ni semua baik baik,friendly betul tak?hehehe.Jangan sombong2 tau,tak elok :D

Okay,itu sahaja perkongsian saya untuk hari ni.Saya minta maaf sekiranya ada menyinggung perasaan pembaca semua :) Sekian.
p/s: Yang baik datangnya dari Allah,yang buruk datangnya dari saya sendiri

Allahu,Wassalam <3

11 comments:

  1. betul2...tp part typo masa blogwalking tu memang selalu la cik hana buat(i terasa nihhh...haha)....almaklumlah jejari montel ni selalu je lebih cepat dari otak...kehkeh

    ReplyDelete
  2. Beri surat cinta utk awak ;) hehe. Thanks ya sharing.
    takmo la itew uat awyat genniw dah. HAHA k bye

    ReplyDelete
  3. kalau x blogwalking cpt je jatuh blog stats :(

    ReplyDelete
  4. memang tengah belajar nak tingkatkan traffic kite hehe. tq

    ReplyDelete
  5. hehe..awl2 blogging dlu je zz punye excited nk tgktkan trafik.
    lama2 tak mcm tu dah sbb zz berblogging ni sbb suka je..
    cuma kdg2 busy terlepas jgk la..

    ReplyDelete
  6. part typo tu yang tak boleh blah haha

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian yg menarik. Salam ukhwah dari saya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..terima kasih..tips yg sangat berguna untuk blogger BARU macam akak ni..hihihi

    ReplyDelete
  9. salam kenal aku dari indonesia, visit and follow my blog di http://judin-rd.blogspot.com/p/blog-page_18.html

    ReplyDelete
  10. footstep dgn ayat pendek kat cbox mmg tak menarik utk visit back tp visit jugak hahahaha

    ReplyDelete
  11. zz selalu menung panjang dpn lappy bila nk ltk tjuk entry..sob2...

    ReplyDelete

Budi bahasa,budaya kita :)