|
"Sesungguhnya yang tertutup itu indah" |
Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua?Lama pulak tak update blog.Hari ni baru nak tebuka hati.So,tajuk kita hari ini ialah "Aurah" Apa itu aurah (aurat) ?
Aurat dari segi bahasa ialah
KEAIBAN manakala dari istilah syarak ialah apa apa sahaja(Segala sesuatu) yang memalukan apabila ditunjukkan.Secara awamnya,saya pasti semua sudah tahu yang aurat ini sering kali dikaitkan dengan tubuh wanita yang WAJIB ditutup agar tidak dilihat oleh yang BUKAN mahramnya.
Aurat wanita ialah keseluruhan tubuh badannya KECUALI muka dan pergelangan tangan sahaja.Begitu juga dengan SUARA.Suara yang merdu dan sengaja dimanja manja kan apabila bercakap dengan orang bukan mahram adalah AURAT.Kalau nak bincang pasal aurat ni memang panjang lebar.
Disini saya ingin kongsikan beberapa MAZHAB yang berkaitan dengan AURAT WANITA.(ISLAM)
1. Mazhab Syafie’:
Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)
2. Mazhab Hanbali:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.
Pendapat ke dua : Semua anggota.
3. Mazhab Hanafi:
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.
Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.
4. Mazhab Maliki:
Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.
Cuba anda bandingkan pendapat-pendapat mazhab yang telah disebutkan di atas. Kalau diperhatikan, tiada perselisihan pendapat yang ketara dari segi batasan aurat wanita. Dengan itu tiada ruang bagi wanita mukminat untuk mempertikaikan tentang masalah aurat kerana ia telah menjadi hukum dan peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita.
Sekarang ni sudah tahun 2014,tak lama lagi,masuklah 2015.Terlalu banyak fesyen hijab yang telah muncul.Tidak salah untuk berfesyen tapi kena ikut syara'.Ingat ya,kita hamba ALLAH bukan hamba FESYEN.Jika kita lihat zaman ini,wanita wanita khususnya remaja yang terlalu mengikut
"trend",memakai pakaian yang sendat dan ketat namun bertudung.Ada juga yang bertudung jarang,singkat sehingga menampakkan auratnya.Astaghfirullahalazim.
Rasulullah SAW pernah bersabda:"Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang"
"Sekiranya kaum Hawa tahu apa yang difikirkan oleh Kaum Adam apabila melihat mereka,pasti mereka tidak akan berani membuka auratnya"
Saya ini tidak sempurna akhlak.Saya sama seperti kalian.Saya juga pendosa.Tujuan saya membuat entry ini sekadar untuk berkongsi ilmu.InsyaAllah bermanfaat untuk kita bersama.Juga sebagai peringatan bahawa aurat ini bukan benda yang remeh ya.Marilah kita sama sama berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Disini saya tinggalkan panduan untuk kita menutup aurat dengan sebaik baiknya dan mutiara kata.
Itu sahaja dari saya pada kali ini,yang baik datangnya dari Allah,yang buruk datangnya dari saya sendiri.Jika ada saya tersilap,mohon perbetulkan saya.Minta maaf kalau saya menyinggung perasaan pembaca sekalian.Terima kasih sebab sudi baca :)
Assalamualaikum.
p/s:Semua gambar di atas adalah sumber dari encik google :)